Wednesday 12 October 2016

Entry #20 Tips Cetak Kad Bisnes

Teks: Mardiana Alias
Foto: Koleksi Peribadi


Apa ertinya pada sekeping kad bisnes pada anda? Adakah ianya melambangkan peribadi seseorang?
Apakah ianya perlu kelihatan mewah?
Atau ianya hanya alat pengenalan diri?

Kak Mar yakin jika ditanya pada usahawan
Pasti ada pelbagai jawapan bukan?
Ya, Kak Mar juga merupakan seorang usahawan
Belum boleh dikatakan berjaya
In Shaa Allah suatu hari nanti pasti berjaya!


Kak Mar kongsikan 'mock-up' kad bisnes ya
Alhamdulillah kali kedua Kak Mar cetak
Awalnya sekadar sekotak, tetapi bila difikirkan semula, lebih berbaloi cetak terus 3 kotak!

Ok berbalik pada tajuk kita iaitu Tips Cetak Kad Bisnes ya
Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira

1. Apakah produk yang kita tawarkan
Macam Kak Mar merupakan Konsultan/Stokis Qaseh Gold. Maka sudah tentu penekanan tentang produk amat penting. Pilih gambar2 yang jelas dan punya tarikan tersendiri

2. Butiran diri perlu jelas dan padat
Semak semua butir peribadi sebelum kad bisnes anda dicetak. Jangan pula tersilap nombor telefon!

3. Pemilihan warna pada kad bisnes
Pemilihan warna amat penting. Tidak terlalu gelap dan tidak pula terlalu terang.

4. Letakkan gambar sendiri
Ya! Ini akan menambah keyakinan bakal pelanggan. Dan mereka akan cepat 'recall' siapa empunya kad bisnes

5. Sertakan TRICK pada kad bisnes supaya bakal pelanggan takkan buat pekasam kad anda!
Ada yang cetak sebagai kalendar poket, ada yang letakkan kod belian dengan potongan harga dan ada juga yang sertakan bersama kad tebus hadiah


Ok lah. Kak Mar rasa cukup dulu ya celoteh Kak Mar. Andai suri di luar sana mahu  jadi Rakan NiagaAhli Qaseh Gold macam Kak Mar, dan mahu cetak bisnes kad macam Kak Mar, jangan segan2 hubungi akak ya.


Ikhlas,
Puan Mardiana Alias
Konsultan/Stokis Qaseh Gold Cheras

No comments:

Post a Comment